RESEPI | Conflake Madu Semanis Honey

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah masuk pertengahan ramadhan minggu ni. Orang kata waktu genting ni haa. Maka dikehendaki memperbanyakkan doa dan amalan sunat. InshaaAllah ada rezeki bertemu dengan prefect timing yedak aamiin. Jangan lupa doakan untuk orang sekeliling sekali terutama ibu abah kita :)

Okey, tu mukadimah post baru. Tujuan asal nak hapdet resepi yang paling susah di alam semester abad ini. Tak payah nak efek gerun sangat ira oi tengok title post pun aku rasa ada yang cebik cebik mulut dan kata 'elehhh susah kepala hotak kau' ATAU 'elehh semanis honey kunun makan boleh jadi nana ke boleh nyanyi memori berkasih ke'. Ehh suka hati aku lah nak tulis apa pun page aku tak suka berambus sana. Lol jk lah bulan baik ni tak baik gaduh gaduh kan k maafkan saya wak (hulur tangan).

Bahan-bahan ;
conflakes (si watak utama)
250g buttercup (guna brand lain pun tak dose)
 ½ cawan gula kastor
 ½ cawan madu 
papercup


Cara Buat ;


Masukkan seketul buttercup dalam kuali guna api yang paling kecil dan perlahan. Karang kau guna api besar hitam lah conflakes kau sebab butter hangit, ada paham ? Kacau sampai butter cair bila sudah tu masukkan pulak gula kastor. Kacau lagi dan lagi kasi gula hancur hancur manja giteew. Lastnya baru masukkan madu. Bukan madu yang tu tu tu tau. Kacau lagi sampai butter+gula+madu bersatu dalam kuali dan didih blupp..blupp.. baru tutup api.



Dalam bekas yang lain, conflake dah siap menunggu untuk disiram. Masukkan butter+gula+madu panas panas ye dalam bekas conflake. Jangan tunggu sejuk baru nak siram nanti melekit lekit payah nak gaul rata. Aku guna separuh je conflake. Itu pun dah banyak sebenarnya. Struktur conflake terpulang samada nak hancurkan atau tak. Aku suka hancurkan dulu sebab tu dapat hasil banyak. Siap ada lebihan lagi khas buat kudapan di malam hari hihi. Tambahan, ada orang suka gaul sekali dengan kismis atau badam atau kekacang lah. Terpulang k atas selera masing-masing. Aku suka yang kosong SAHAJA kbai.



Bila butter+gula+madu dah rata dengan conflake. Sudukan dan susun dalam papercup cantik cantik dahtu kau touch-up lah rupa dia sikit. Tabur manik urai ke sapu blusher ke gincu ke. Eh japp manik urai tu bukan yang kena bah besar kat kuala krai ke? *tongkak dagu



Bakar dengan suhu 150° celcius selama 3-4 minit. Tujuan bakar nak kasi dia lekat sesama sendiri je. Kalau tak nak bakar pun tak mengapa sayang. Boleh terus simpan dalam bekas kedap udara tau. Okey siap ! Bye.

No comments:

Post a Comment