RESEPI | Biskut Suji

15 June 2016

Biskut Suji.
Riang ria di hari raya giteww. Disebabkan puasa tahun ni banyak dan terlalu banyak masa kat rumah so boleh laa slow slow buat biskut raya sendiri. Takpayah nak kuih tunjuk tunjuk dah. Kalau kuih tunjuk situ sana sini pun tak sedap last masuk tong sampah sedih dia.

Ibu pun semangat nak menguli aku lagi lah semangat kennn. Lepas tu mula lah dialog ibu 'dolu dolu masa anak dara kuih raya ibu buat sendiri je tau. Kawan nak datang ke pakwe nak datang ke semangat lah buat'. Ohh aku kompius ibu nak kata aku ni pemalas atau nak suruh 'pakwe' aku datang beraya rumah. Hahahahambar ! *palmface*

Dah dah meh kita teruskan tujuan utama. Cekidaut yo !


Bahan-bahan diperlukan ;
Tepung (3 cawan)*
Minyak sapi (1 cawan)
Gula kastor (1 ½ cawan)
Ceri merah (hiasan)


Yang bertanda (*) nanti akan aku explain di bawah. Baca betul-betul beserta toma'ninah.

Cara buat ;
Biskut Suji

Ayak tepung kasi dia halus mulus selembut kulit bayi. Siap. Ketepikan.


Biskut Suji
Masukkan gula kastor dan minyak sapi dalam bekas yang bersesuai untuk digaulkan dan disebatikan menggunakan kudrat tenaga tangan mulus si anak dara. Ehh mak dara tok dara pun boleh aje. Hiks. Tepung? Bila nak masukkan. Haa sekali aje dalam satu bekas.TAPI masukkan 2 cawan dulu sebab lebihan tepung tadi dijadikan top-up sekiranya doh terlalu lembik.

Biskut Suji
Gaul biar rata sebati. 


Biskut Suji
Jika doh terlalu lembik atau berminyak nah tu fungsi lebihan tepung tadi. Masukkan sikit-sikit dalam doh atau nak selamat aku guna sukatan sudu makan. Satu sudu dua sudu contohhhh..


Biskut Suji
Gaul lagi sampai kau rasa doh gebu lunyai. Tak terlalu lembik atau keras. Sedang-sedang saja. Kira dah lulus laa tu nak kawin (eh dialog ni ibu aku yang selalu pakai bila aku tanya dah okey ke belum ni huh sis buntuuu)


Bulat kan kecik-kecik tapi jangan lah kecik sangat. Besar sangat pun jangan nanti bakar dia kembang. Dah tak jadi suji pulak rupanya. Potong ceri merah tadi kecik-kecik dan susun letak atas suji yang dibulat-bulatkan tu sebagai penaik seri. Seri ke uolls !

Bakar dengan suhu 150° celcius 10 minit *ikut suhu kepanasan oven masing-masing. Kalau oven lambat suhu kepanasan bakar lah dalam 15 minit cenggitu. Okey ? Siap.


Selamat mencuba. Bye !

Post a Comment

© MEANT TO BE. Design by FCD.