RESEPI | Biskut Coklat Nestum Winter Sonata

19 June 2016

Walaweee nama biskut pun nak gah tak nak kalah kau haha. Sebenarnya nama dia biskut coklat nestum bersalju idok ler ber winter begitu. Saja jaa aku letak winter sonata tu feeling feeling korea sikit (sejak bila pulak aku minah korea)

Biskut Coklat Nestum Winter Sonata

Resepi asal jumpa dalam page mukabuku cuma lupa apa nama page tu. Kalau tuan resepi kot lah ada terbaca post ni i creditkan resepi ni kat you tau tapi i ada ubah sikit daripada resepi asal hihi.

Sedia? K jom mulakan.

Bahan-bahan biskut ;

250g mentega (aku guna buttercup)
2 cawan gula kastor
4 sudu serbuk koko
3 cawan nestum
2 cawan tepung gandum diayak

Untuk hiasan / topping ala-ala winter ;

** sukatan adalah ikut hati nawaitu sendiri
paper cup
susu tepung
gula kastor

Cara buat ;

Biskut Coklat Nestum Winter Sonata

Blendkan nestum sampai halus. Siap ketepikan.


Biskut Coklat Nestum Winter Sonata

Cerita dalam bekas adunan pulak, sebatikan gula kastor dan mentega menggunkan mixer sampai kembang gebu gebas.


Biskut Coklat Nestum Winter Sonata

Bila dah kembang masukkan serbuk koko dan mix lagi sampai lah adunan seia sekata.


Biskut Coklat Nestum Winter Sonata

Sekarang mixer tu dah boleh simpan dalam lemari ye hadek-hadek. Adunan dengan serbuk koko dah sebati masukkan pulak nestum yang dah kita blend mula-mula tadi. Gaul rata lagi tapi kali ni pakai tangan je hokey sebab nak jadikan dia doh (amaran keras : pastikan tangan anda sebelum gaul adunan bersih suci lagi murni ye hiks).


Biskut Coklat Nestum Winter Sonata

Last but not least, baru masukkan tepung gandum sikit demi sikit. Gaul kaup kasi rata sampai habisnya 2 cawan tepung.


Biskut Coklat Nestum Winter Sonata

Pastikan jadi doh tau, kalau tak jadi maknanya ada la tu kurang kat mana-mana. Dahh aku tak reti nak tolong kau lah hahahaha ! K gelak kejam. Agak doh dah boleh buat bulat macam gambar tu boleh lah teruskan next step iaitu benda yang paling malas aku nak buat.


Biskut Coklat Nestum Winter Sonata

Bab ni memang aku failed. Bila di suruhnya bulat doh aku punya bulat macam kek mendap kau ghase? Memang yang kena buat habis bulat doh ibu lah hihi. Aku tolong sukat bulat je. Maaf ibu.

Dah siap bulat. Bakar 150° celcius selama 4-6 minit bergantung pada kepanasan oven masing-masing. Kalau rentung alamatnya kau yang kena habiskan semua. Membazir amalan shaiton !



Biskut Coklat Nestum Winter Sonata

Sementera tunggu biskut di bakar dalam oven. Boleh lerr buat efek winter tu haa. Memandangkan kat atas sana aku tak letak sukat dia. Meh nak cite sini. Gaulkan sebati 6 sudu susu tepung dengan 4 sudu gula kastor. Cenggitu je. Tapi tak ikut sukat aku pun takpe. Citarasa masing-masing. Tepuk dada tanya selera.


Biskut Coklat Nestum Winter Sonata

Yeayy ! Dah masak. Moh ler tabur dan guli-gulikan atas 'winter' buatan tadi haa. Biskut tu akan bersalut dan bila selesai masukkan ia dalam paper cup supaya 'winter' tu tak lah berterabur. Paham ?


Biskut Coklat Nestum Winter Sonata

Tadaaa ! Dah boleh simpan dalam bekas kedap udara ye. Pastikan sorok helok tau sebab nanti tak sempat raya dah habis. Sedapppp sangat ! Rasa macam nak habiskan sorang tak nak bagi orang lain makan je hihi.

p/s : aku punya tester pun hampir separuh biskut nak habis. Ibu jeling lebih kurang je haa kat aku masa makan tu hihi.

Selamat mencuba gais.

Post a Comment

© MEANT TO BE. Design by FCD.