Perjuangan Selesai



Alhamdulillah. 

Tiga tahun telah berlalu dan pada 14 April 2016 aku berjaya menamatkan latihan industri dengan jayanya. Terima PPTM UMT. Dan berharap perbentangan akhir latihan industri pada 17 April 2016 haritu memuaskan hati Cik Roslaini dan tiada sebarang cacat celanya nanti bila keputusan akhir keluar. Takmo repeat sem takmo repeat praktikal ! Cukup 3 tahun tempoh sebenar pengajian. Aku nak akhiri dengan tempoh masa yang ditetapkan. Tidak melebihi dan kurangnya pasti lah tidak kan.

Mengimbas balik kenangan lama. 17 Jun 2013. Pergi dengan harapan dan impian, aku berdaftar sebagai pelajar Politeknik Kuala Terengganu dalam jurusan Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan). Buat kali pertamanya aku berpisah dengan ibu dan orang kata berdiri atas kaki sendiri. Seriously, pada mula tak mudah bagi aku sebab selalu sangat buat itu ini ibu mesti ada sekali. Bila kena dan terpaksa survive dengan keadaaan baru, suasana baru, kawan baru merangkap housemate yang aku nak hadap hari-hari selama 3 tahun. Ya Allah tiap malam sebelum tidur aku nangis kot senyap senyap, homesickkkk. Walaupun aku sebenarnya tak jauh pun dari ibu, belajar dan menetap dalam satu negeri je kot. Tiap minggu boleh balik kalau ikut kan tapi sebab dah terbiasa 'manja' dengan ibu rasanya macam berjauh berkilo kilo meter. Ambik masa seminggu jugak kot atau lebih aku nak serasi dengan 'housemate baru' aku yang di sumbat dalam satu rumah seramai 12 orang. Mulanya aku macam 'err boleh ke aku ngam ngan dorang semua'. Boleh dikatakan separuh dari mereka asal Kelantan. Sukunya termasuk aku Terengganu. Dan sorang dari Selangor. Nak tak nak aku tetap berlagak cool macam aku boleh handle padahal dalam hati meronta nak balik. Aku seolah olah terkena kejutan negeri pun ada pada mulanya (bukan nak racist k) haha.

Kesayangan 1202 :(


Lama kelamaan aku rasa dorang semua The Best Housemate. The Best Friend. Eh semua the best lah. Tipu sangat kalau kata takde gaduh besar, perang mulut, tarik muncung sedepa tapi tu lah hakikat kehidupan. 1202 nama gelaran yang diwujudkan bersempena nombor rumah sewa kitorang 12/2. Wei 1202 orang famous poli tauuu. Jabatan IT mahupun JKE tahu kewujudan 1202. Sweet sangat kitorang hikhik ! Cerita sedihnya pulak tak sampai satu sem sorang keluar 1202 sebab berhenti belajar tak boleh bawa kos, Murni. Sekarang dia dah belajar balik daa masuk nursing. Lama lepas tu pulak, Izah dengan Mek Lola pindah serumah dengan classmate dorang. Kehilangan penghuni asal 1202 dah pun berganti dengan Aishah (si budak johor) dan Amni (calon yg berjaya ditapis jadi ahli 1202). Maka yang kekal ahli 1202 sampailah harini aku, Kak Anis, Kak Yana, Tikah, Ika, Ain, Itah, Huda, Aina, Amni, Aishah. Haaaaaa 11 orang kesayangan.

Dengan muka muka tu lah yang setia jadi kawan berkongsi cerita bergaduh berperang bermasam muka bergelak ketawa bergosip dan  bermacam macam berrr lagi. Buruk baik dorang jauh di sudut hati yang paling dalam aku sayang dorang sobs. Sekarang semua dah berjauhan. Sedang mencari dan megejar cita-cita dan impian seterusnya. Harap sangat 1202 tu akan wujud sampai bila-bila sampai kahwin cucu cicit. Andai kata tak boleh pun, mereka akan jadi sebahagian cerita manis aku untuk simpanan hari tua. Nilai persahabatan baik buruk suka duka aku kutip simpan. Hmm aku dah mula rindu sebenarnya !


Classmate DIPB


Kalau muka muka suci di bahagian atas sana aku perkenalkan housemate aku. Kali ni mehh aku nak kenalkan classmate pada dunia. Opss TER-over pulak. Wuu nak story apa ek? 11 putera 9 puteri cewahh. Ni jela muka muka kekal 5semester bersama alhamdulillah. Masuk belajar sama-sama kita habis pun sama-sama. Takde sorang pun dari mereka yang carry paper repeat sem. Tahniah kita berjaya ! Haha yang best pasal dorang ni semua hati kering. Takde perasaan muka toye. Lagi lah si abam abam. Nasib jenis yang boleh di bawa bergurau. Aku tak lah rapat sangat dengan dak laki tapi dari pemerhatian kalau ada apa apa event atau benda nak buat boleh lah di bawa berbincang walaupun tak pernah nak serius. Kalau berurusan dengan aku mau makan hati lah berulam jantung memanjang. Hakak hakak pulak yang jenis ayu sopan santun, memang jenis follow je apa pun plan dak lelaki. Sebab kitorang percaya je dorang punya plan debesss ! Ciss ayat sedap kan hati je hihi. Aku pun tak tahu nak describe dorang ni macam mana tapi aku bersyukur sangat sebab aku sekelas dengan mereka-mereka. Gaduh? Memang tak lari lah mana-mana pun. Mulut-mulut jujur sangat mereka ni huhh. Takpe lah gaduh manja kata orang yedak? Paling kurang pun kita tak bertegur-sapa, kennnnn. Makan dalam ayat aku tuu haha. Yang nakal tu bawa-bawa bertaubat lah. Dah nak jadi bapak-bapak budak dah. Yang perempuan semua dah makin cantik lawa kebaboom kecuali aku. Insekiyo jugak kadang-kadang. Huaaaaa !

Last word dari aku. Semoga semua dari kita sukses lah ye. Jumpa kat luar tegur-tegur lah. Yang penting kahwin je mesti jemput. 3 tahun berkawan kalau tak jemput aku terasa tau. Gonna miss you all of you. Setiap perkara nanti akan ada sometime and somewhere aku rindu yang amat. Moga berjumpa lagi semua.

Till here. Bye

No comments:

Post a Comment