Happy Sweet Twenty-One

Assalamualaikum.




Alhamdulillah syukur kepada Ilahi. Kembali kepada kisah pada tahun 1995 tanggal 07 March  yang lalu lahirnya seorang puteri sulung kepada Encik Zulkeffele dan Puan Rafeah. Dan hari ini 07 March 2016. Genap umur si puteri 21 tahun. Selamat Hari Lahir Nur Syahirah Binti Zulkeffele :)

Terima kasih ibu kerana melahirkan dan membesarkan anak mu yang sangat lah nakal di usia kecilnya. Dan maaf abah kerana selalu menyusahkan dan merunsingkan hati mu kerana kedegilan tegar ku. Terima kasih ibu dan abah yang selalu sayang dan kasihkan ku sepenuh hati kalian. And i really miss you abah. Really ! Membesarnya seorang anak gadis tanpa seorang lelaki yang bergelar 'ABAH' tak semudah yang disangka. Tak sama seperti orang lain yang masih ada abah, ayah, papa, abi apa jelah. Dia yang jadi orang kuat dalam sesebuah keluarga dalam apa jua perkara. Tahu tak betapa beruntungnya kau. Bukan menyalahkan takdir. Tak. Aku redha sebab Allah lagi sayangkan abah. Cuma terkadang rindu dan pedih bila tengok orang lain masih ada abah untuk bermanja bergurau dan menegur. Maaf. Apa pun, aku ada seorang ibu yang kuat dan tabah. Dia ibu dialah jugak abah. Hebatkan my superwoman. Aku nak jadi kuat macam ibu. Semua boleh survive sendiri tanpa bergantung dengan sesiapa (sebab aku ni tak mampu nak survive sendiri lagi semua benda nak takut hihi)

Bila dah dua-puluh-satu tahun terasa terlalu dewasa sebenarnya untuk diri ni memikirkan tentang diri sendiri dan orang lain. Dah terlepas dari tanggungjawab kalau ikut had umur. Hmm. Dah kena fikir macam mana nak hidup nak cari duit bantu keluarga nak cari duit untuk kehidupan sendiri masa akan datang. Semua lah nak kena fikir ke depan jauh jauhhh. Ohh it's not really easy actually. Help me !

Rindu rindu rindu aku nak jadi kecik balik, tak nak membesar boleh? Masa kecik takde pun nak fikir pasal orang lain soal hati perasaan, soal kehidupan. Cuma yang ada dalam kepala hotak waktu tu nak bermain bergembira berseronok berhibur. Sobs. Mohon sedar diri yang aku dah tua T.T

BTW terima kasih atas ucapan 'semoga semoga semoga' kawan-kawan yang tak lupa dan tak pernah lupa untuk wish setiap kali my birthday. You are sooooo sweeeeet my sweetie i'm touching ! Birthday kali ni takde dah moment aku dimandikan tepung dari 1202 hokeyy. Moga sinar kebahagian dua-puluh-satu aku lebih terserlah hendaknya. Aamiin Ya Rabb.

IRA SAYANG SEMUA (didedikasikan hanya untuk yang sayangkan aku jelah hihi).

bye.


p/s :  al-Fatihah untuk arwah abah tersayang, Zulkeffele bin Mohamad :(



No comments:

Post a Comment